Thursday, October 28, 2010

dahsyat.

kini malaysia.
dulu tanah melayu.
tanah melayu yang dibuka oleh parameswara.
semua warganegara malaysia patut tahu.
kalau tak tahu boleh lah carik negara yang anda sesuai.
penduduk asalnya melayu.
melayu yang penuh sifat sopan santun dan lemah lembut.

itu dulu.
ya dulu.

sekarang sudah berubah.
negara yang gah ini sudah berubah.
menjadi lebih moden serta negara yang sedang membangun.
tahun kemuncak pembangunannya ialah pada 2020.
tahun Malaysia mencapai status negara Maju.
yang diasaskan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad.

sedihnya ialah isi penduduknya yang majoriti hingga kini iaitu Melayu sudah hanyut.
hanyut dengan hiburan yang dibawa oleh kaum Yahudi.
kaum yang menguasai dunia hari ini.

ya lah.
Tunggang Air Kencing Setan or Syaiton pon adalah kebanggaan umat anda.
ke Clubbing juga satu kewajiban di setiap malam.

itu saja.tapi ada banyak lagi.
tuan-tuan dan puan-puan fikirkanlah.

yang terkini melalui GTP.
Malaysia nak jadi Hab Hiburan!
Dahsyatlaaaa...
salute lah.

sedangkan sekarang tak jadi Hab Hiburan Manusia-manusia kaumku sudah banyak hanyut.
hanyut sehanyutnya lah.
nanti kedepan?

wallahualam.



Thursday, October 21, 2010

kopi o dan rokok daun...

manusia melayu zaman dulu-dulu cukup kuat...

kerjakan bendang, menoreh, bajak dan yang lain setiap hari.

pagi subuh sampai lepas lohor atau bagi yang Kedah panggilnya lohoQ.

hidup juga panjang...
umur boleh mencecah 70 tahun...
tatkala kubur panggil mai mai rumah kata p...

tapi tubuh sasa dan utuh masih kelihatan...

ditambah pula senyuman manis walaupun kedut-kedut itu semakin jelas tampak.

ajaibnya mereka hanya berbekalkan sarapan pagi atau penjajah memanggil "breakfast" dengan
secawan kopi o panas kaw dan juga rokok daun...

ya secawan kopi o panas kaw + rokok daun...

berbanding dengan zaman ini semuanya sudah berubah...

air yang boleh dibuat basuh tandas juga diminum...

manakan tidak sangat banyak penyakit manusia di Malaysia dan dunia...


Tuesday, October 19, 2010

kalau dah nama melayu...

itulah bait-bait yang aku boleh cakapkan pada tuan-tuan dan puan-puan..

fenomena dimana diri ini hidup di dalam organisasi melayu...

mungkin ramai manusia diluar sana bernama melayu...

percayalah jika kamu-kamu semua hidup dalam organisasi melayu aku ini cukup sudah memenatkan otak dan hati...

sifat melayu memang begitu rasanya aku...

cukup mendengki
cukup iri hati
cukup kita ini dipandang rendah
cukup kita ini di caci

diri yang hina ini tidak kisah jika dicaci kerna salah...

ubahlah wahai melayu-melayu...
manakan tidak anda tiada maju...
mundur...

terngiang-ngiang satu ikrar aku pegang dahulu kini akan datang...
maju mundur kaya miskin dan hina mulianya bangsa itu di tangan kami...

pada tangan siapakah?
tangan kami iaitu tangan melayu..
kita yang dilahirkan melayu...
pada nama dan pada zatnya...

kembali kepada organisasi melayu ini...
diri ini rasa kelebihan diberikan kepada organisasi yang bukan melayu...
maksudnya organisasi yang bercampur bangsanya...
hitam putih kuning langsat dan sebagainya..

bukan apa..
pabila melayu itu didalam zon selesa atau bahasa penjajah memanggil "comfort zone"
mereka-mereka ini akan tiada maju..atau tiada " self-improvement"

tetapi aku ini tidaklah mengatakan kesemua organisasi melayu sebegini rupa..
mungkin segelintir...
mugkin..

aku tegaskan disini..
mungkin...

melayu itu unik, mereka pandai...
melayu itu hebat, mereka bijak...
melayu itu aku, mereka melayu...

aku sayang melayu itu bangsa aku...


wanita

wanita,
gadis,
perempuan...

itu saja panggilan yang aku tahu bagi kaum yang bergelar hawa...

mereka-mereka ini ternyata jumlahnya lebih ramai dari kaum adam...
tambah pula akhir zaman sekarang ini...

memang benar mereka ramai..
di menara gading, shopping mall, tempat kerja, hospital aku jamin mereka sahih
lebih ramai.

keramaian itu mungkin menandakan sifat mereka juga pelbagai..

baik, jahat, nakal, jahil, ayu dan lain-lain lagi..

ternyata aku rasa tersilap..

kerna
mereka semuanya sama tetapi berbeza.

sama dari sudut mana?
dan berbeza dari sudut mana?

biarlah tuan-tuan dan puan-puan mencari jawapannya..

ini semua bergantung kepada individu itu untuk menilainya...

tapi bagi aku ..

mereka sama tapi berbeza.
sebab itu aku cinta mereka...




Monday, October 18, 2010

eat pray love

eat pray love dalam bahasa penjajah.

makan sembahyang cinta dalam bahasa melayu...
atau
makan berdoa bercinta.

satu lakonlayar yang telah membuatkan ku tersenyum sepanjang hari...
bukan kerna dengan siapa aku menontonnya.
tapi kerana jalan ceritanya cukup sekadar menterjemahkan apa yang telah aku telan tahun ini...

makan cili rasa pedas.
memang pedas.

tapi itulah hakikat hidup.

mau atau tidak hidup yang sangat hebat ini perlu aku teruskan.
kemana?
mencari sesuatu kepuasan dalam hidupku...

ya aku masih belum puas.
aku belum puas...

terima kasih kepada Penciptaku Ya Allah sebab aku masih bernafas tika ini
walaupun cukup banyak titik hitam dalam diriku.

at least right now I can smile with my liver!