Wednesday, December 1, 2010

Destinasi Rezeki...

pagi tengahari petang malam,

bangun mandi gosok gigi breakfast lunch tea riadah dinner tidur,

itulah tentatif hidupku selama enam bulan lepas…

syukur alhamdulilah ku panjatkan kepada Allah

sebab apa?

Sebabnya kerna dirini mendapat pekerjaan sebelum tiba hari konvokesyen iaitu Hari Besar aku…

Jika nak dibandingkan diluar sana lebih ribuan umat manusia yang tiada pekerjaan atau lebih sinonimnya dipanggil mengganggur…

Walaupun kerjanya kecil sahaja tapi diriku tetap bersyukur…

Tapi keadaan itu telah berubah…

Berubah hari demi hari…

Oleh kerana diriku perlukan lebih…

Lebih apa?

Fikir fikirkan…

Ada pernah diriku membaca berkenaan Allah lebih tahu Rezeki umat-umatNya…

Jika tiada dapat apa yang diidamkan atau dihajatkan mungkin perkara itu bukan Rezeki kita ataupun masih belum tiba masanya kita peroleh Rezeki itu…

Ya diriku percaya dan yakin suatu hari nanti InsyaAllah aku dapat apa yang aku hajatkan…

Enam bulan cukup bermakna bagi diriku…

Enam bulan mendatang aku masih belum dapat mentaksirkan apa bisa aku lalui…

Ya itulah kehidupan…

Ingatlah anda semua dan diriku bahawa…

Jambatan kita mungkin panjang…

Jambatan menghubungkan kita dengan destinasi Rezeki yang tiap hari kita doakan dan idamkan…

Bukan kita gagal tapi masih belum tiba masanya kita sampai ke destinasi Rezeki tersebut…

Yakinlah umur panjang InsyaAllah bakal kita tiba di destinasi Rezeki tersebut…

Yang perlu sekarang ikhtiar dan teruskan berdoa…

Diriku bukanlah seorang yang baik tapi aku cuba untuk ingat…serta anda…

Terpulanglah untuk mendengar atau tidak…

Jambatan kita mungkin panjang…tapi InsyaAllah kita akan sampai…

Terima Kasih Allah.