Thursday, April 28, 2011

gadis

wanita adalah agung di mataku.

.ayat tika dalam perjalanan pulang dari Bukit Beruntung ke kampung halaman.

Sekian.


Wanita.

Saturday, April 2, 2011

lagu ini.

lagu ini baik untuk semua.

baik yang pastinya masih hidup.

baik berdua atau berseorang...

Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

lagu ini dari Aizat Amdan






Tuesday, February 22, 2011

selamat tinggal

selamat tinggal bangi

selamat datang rawang

insyaAllah...


Thank You.

Syukur alhamdulilah...

Terima kasih Allah...

Terima kasih ayah ibu...

Terima kasih keluargaku...

Terima kasih sahabat-sahabatku...

banyak sudah titik hitam dalam hidup tapi mereka-mereka ini masih ada disekeliling aku...

itu hidup...

itu karma...

lu kasik kacau nanti depan lu punya hidup mesti orang kacau...

tapi Alhamdulillah aku masih teruskan hidup ini...

hidup yang kadang-kadang dibingitkan oleh mesin gerudi jiran sebelah yang tengah renovate rumahnya...

bingit dengan leteran-leteren manusia yang menyayangi aku...

bingit dengan kerja merja...

tapi lebih baik dibingitkan daripada membingitkan manusia-manusia lain...

itu lebih teruk...

ya teruk...

itulah hidup yang aku percaya semua manusia normal hidup begitu...

kitarannya begitu...




Friday, February 11, 2011

walk the talk

kau cakap kau buat

jangan kau cakap kau tak buat.

.sekian.

kau cakap kau buat


Thursday, February 10, 2011

8bulan di organisasi Melayu

genap 8 bulan aku di organisasi Melayu ini.

janji ditabur sekian manis 8 bulan dulu.

lu masuk 2 or 3 bulan nanti wa serap lu jadi permanent.

okey?

okey!

tapi lepas 3 bulan berlalu.
aku sabar menanti...

lepas 5 bulan berlalu.
aku menunggu dengan sabar....
ya sabar...

sekarang?

sudah 8bulan berlalu...
tapi aku masih ditakok ini.
tidak mengapa.
aku sisipkan surat bernama aku bertajuk perletakkan jawatan kepada Si Ketua...

tiada toleh kebelakang.
tidak perlu.

yakinlah dengan diri sendiri.
Insyaallah ada rezeki untukku diluar sana yang lebih setimpal dengan usaha aku.

biarlah si polan mau berkata apa.
anda tiada duduk disituasi aku tiada menahu...

aku yakin 8bulan sudah cukup mengajar aku apa itu manusia..
untuk penerangan manusia tunggu di post seterusnya.

sekian sahaja untuk 8bulan aku di organisasi Melayu.

banyak aku belajar dan aku telan.

terima kasih.

moga Allah permudahkan segala urusanku selepas ini. InsyaAllah.

Wednesday, December 1, 2010

Destinasi Rezeki...

pagi tengahari petang malam,

bangun mandi gosok gigi breakfast lunch tea riadah dinner tidur,

itulah tentatif hidupku selama enam bulan lepas…

syukur alhamdulilah ku panjatkan kepada Allah

sebab apa?

Sebabnya kerna dirini mendapat pekerjaan sebelum tiba hari konvokesyen iaitu Hari Besar aku…

Jika nak dibandingkan diluar sana lebih ribuan umat manusia yang tiada pekerjaan atau lebih sinonimnya dipanggil mengganggur…

Walaupun kerjanya kecil sahaja tapi diriku tetap bersyukur…

Tapi keadaan itu telah berubah…

Berubah hari demi hari…

Oleh kerana diriku perlukan lebih…

Lebih apa?

Fikir fikirkan…

Ada pernah diriku membaca berkenaan Allah lebih tahu Rezeki umat-umatNya…

Jika tiada dapat apa yang diidamkan atau dihajatkan mungkin perkara itu bukan Rezeki kita ataupun masih belum tiba masanya kita peroleh Rezeki itu…

Ya diriku percaya dan yakin suatu hari nanti InsyaAllah aku dapat apa yang aku hajatkan…

Enam bulan cukup bermakna bagi diriku…

Enam bulan mendatang aku masih belum dapat mentaksirkan apa bisa aku lalui…

Ya itulah kehidupan…

Ingatlah anda semua dan diriku bahawa…

Jambatan kita mungkin panjang…

Jambatan menghubungkan kita dengan destinasi Rezeki yang tiap hari kita doakan dan idamkan…

Bukan kita gagal tapi masih belum tiba masanya kita sampai ke destinasi Rezeki tersebut…

Yakinlah umur panjang InsyaAllah bakal kita tiba di destinasi Rezeki tersebut…

Yang perlu sekarang ikhtiar dan teruskan berdoa…

Diriku bukanlah seorang yang baik tapi aku cuba untuk ingat…serta anda…

Terpulanglah untuk mendengar atau tidak…

Jambatan kita mungkin panjang…tapi InsyaAllah kita akan sampai…

Terima Kasih Allah.